
- Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang masing-masing dan seterusnya menjadi contoh/rujukan kepada semua pihak
- Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja sesama ahli
- Bersama memaju dan memperkasakan kepakaran ikhtisas dan professional di kalangan ahli selaras dengan keperluan, perancangan dan peranan Universiti
- Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa
- Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang sesama ahli serta dengan pihak pengurusan universiti bagi tujuan memartabatkan kepentingan kedua-dua pihak di dalam aspek perkhidmatan, perjawatan, kebajikan serta profesionlisme kerjaya ahli dan organisasi.



